Bidayuh on Facebook
It is currently Sun Aug 01, 2010 4:17 am

Portal | Forum | Photo Gallery | Chat

All times are UTC + 8 hours


Forum rules


Please click here to view the forum rules



Post new topic Reply to topic  [ 24 posts ]  Go to page Previous  1, 2, 3, 4  Next
Author Message
 Post subject: Re: DAYAKS DILEMMA
PostPosted: Fri Mar 12, 2010 3:39 pm 
Offline

Joined: Thu Jan 05, 2006 6:42 pm
Posts: 1624
Location: kl
bro antimatter,

i'm not really clear with your comment. can you please further explain it or what you have in mind so we will not misunderstood. don't mean to argue..i'll respect your opinion.


Top
 
Share |
Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: DAYAKS DILEMMA
PostPosted: Sat Mar 13, 2010 6:06 pm 
Offline

Joined: Sun Feb 21, 2010 1:56 pm
Posts: 42
Kepada warga Bidayuh Sekalian Alam,

Terkesan dengan huraian penuh ekspresi seorang warga prihatin, anak Kenyalang terbukti bahawa kebobrokan dan kejelekan pimpinan UMNO BN di Malaysia sudah memasuki tahap yang tidak dapat dielakkan.

Uzur dan tidak berdaya membendung rasuah dan pelbagai lagi bentuk kepincangan semasa dan lalu, rakyat Sarawak harus bertekad tidak mengulangi kesilapan yang berulang-ulang, yang memberi mandat kepada Taib dan kuncu-kuncunya menguasai persada politik negeri. Kita hidup bukan di masa silam, hidup dibawah kerajaan mandat syurga! Kita, warga demokrasi tidak lagi wajar berlindung dibawah pemikiran lapuk ala Raja Melewar, Raja di Gunung, Raja Merong Mahawangsa dan sebagainya.

Ayuh kita hayati tragedi politik Perak. Saya mengerti, sindrom 'who cares' masih lagi menebal dalam kotak pemikiran warga Bidayuh. Akan tetapi, kita telah pelajari satu kisah yang amat berguna dan bermanfaat bagi kita, sebagai bekalan di masa hadapan! Boleh saya gambarkan, kehidupan masyarakat umum nasional seperti Constitutionalism Society yang bertembung dengan Revolution Society, suatu gerak baru yang mencabar dan menguji daya akal dan prinsip perjuangan yang tidak putus-putus meletus. Raja mahupun sistem monarki, feudalisme wajar dihalang dan dikuburkan dengan sistem demokrasi rakyat yang kukuh. Kembalinya kuasa monarki pada pandangan saya, bakal menjejaskan rentak gaya demokrasi rakyat sepertimana yang berlaku kepada Stephen Kalong Ningkan pada tahun 1966, beliau disingkirkan oleh Gabenor Sarawak atas alasan hilang kepercayaan dewan perundangan negeri. Ulang tayang di Perak, Sultan Azlan ada kapasitinya 'menyingkirkan' Nizar sebagai Menteri Besar sah Perak, sekaligus memberi laluan kepada Pak Zambry menduduki kerusi no 1 Kerajaan Negeri Perak. Prinsip demokrasi tidak dipatuhi, dan pada masa yang sama melaungkan 1Malaysia, dan 2Perak.

Asasnya disini adalah Burke pernah menulis "When I see the spirit of liberty in action, I see a strong principle at work; and this, for a while, is all I can possibly know of it."

Pernah satu ketika di universiti UUM, saya menulis esei dalam kuliah, lalu memetik sepotong ayat peringatan seorang tokoh pemikir "The current regime cannot solve the problems it creates. It must dismantle itself, die a natural death, destroy the symbols of power it has abused, and let a peaceful renewal take its natural course."

Kebebasan berfikir dan akademik sayangnya, dibantutkan dan dimandulkan seberkesan mungkin oleh para pensyarah yang berasa tidak senang dengan esei tersebut, bertajuk Abdullah: Koridor (ruangan kosong) Ekonomi?

Juga, saya ingin juga berkongsi kisah The Reflection of France Revolution oleh pencatat falsafah terkemuka kurun ke-16, Edmund Burke; Buku klasik kegemaran saya, menerangkan bahawa Rev Hugh Peter, pengganti Dr Richard Price yang telah menyampaikan khutbah di perkarangan chapel St James dengan penuh keberanian dihadapan para Santa alim Kristian mengisyhtiharkan "high praises of God in their mouths, and a two-edged sword in their hands, were to execute judgment on the heathen, and punishments upon the people; to bind their kings with chains, and their nobles with fetters of iron"

Maka, inilah dorongan kepada permulaan agenda Pencerahan Eropah, membebaskan diri daripada ketidakmatangan pikiran.

Mahu atau tidak, penganiayaan buruk terhadap rakyat harus bernoktah!

Apa yang diposkan oleh rakan kita, Debrone amatlah tidak dapat dinafikan kebenarannya. Jelas dalam beberapa perenggannya, mencerminkan semangat perjuangan utuh demokrasi dan negara hukum. Visi dan aspirasi Presiden Obama didapati banyak melahirkan seribu macam reaksi global, seceruk benua dunia kini melaungkan slogan CHANGE, walaupun saya secara peribadi kurang gemar dengan pemilihan Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat kerana Mccain, pada pandangan mata saya, harus menang dalam pilihanraya Presiden ini. Saya penyokong puak Republikan.

Cumanya, persembahan CHANGE ini banyak diubah bergantung kepada situasi negara masing-masing. Dewasa ini, warga Sarawak, khususnya anak-anak mudanya mulai berpaling memeluk perubahan dan mempersoal apakah peranan dan tanggunjawab yang boleh disampaikan dalam mencapai agenda kelainan (the makers of our state history) dalam kemelesetan harapan baru dan demokrasi. Bak kata seorang pemuka besar teori literalis, Raymond William bahawa perkataan itu haruslah diertikan serta dikonteksualisasikan dalam mana keadaan ekonomi sedang berkembang.

Ini bakal saya usulkan sejurus kenyataan Karl Marx, disebut "human beings' existence is defined by the economic condition they are in and that this condition is already predetermined. This is a deterministic view of human history"

Tatkala, sistem kerajaan sekarang dipersoalkan, soal mentaliti Dayak dipersoalkan, soal penyampaian bantuan kepada rakyat dipersoalkan, soal rakyat Dayak terlalu bergantung kepada kerajaan dipersoalkan, soal ekonomi dan tanah adat dipersoalkan.

Seperti ikrar Pakatan Rakyat, telah diperjelaskan diperingkat akar umbi, sebaik sahaja menangani BN Sarawak dalam pilihanraya negeri akan datang, perjanjian royalti minyak diantara Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah bakal diteliti semula. Saya mengusulkan agar 20% royalti minyak akan dikembalikan kepada negeri-negeri ini termasuklah Sarawak berbanding dengan 5% royalti minyak pada hari ini. Lantas, saya menerima pelbagai reaksi daripada warga Sarawak berhubung cadangan tersebut. Untuk makluman, 5% royalti minyak bersamaan RM 1 billion, 20% royalti minyak bersamaan RM 7.8 billion!

Tidak hairan saya apabila Rahman Yakub, mantan KM Sarawak ketiga (1970-1981) dan Gabenor Sarawak sehingga 1986 tidak bersetuju dalam soal pengagihan royalti minyak kepada negeri Kelantan baru-baru ini. Saya tidak faham akan kesukaran untuk memahami hak sebuah negeri untuk menikmati hasil mahsulnya tanpa disekat sewenang-wenangnya oleh Persekutuan. Sejak bertahun-tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan, telah melahirkan beberapa gergasi tersenarai dalam Bursa Malaysia seperti Cahaya Mata Sarawak (Finance), Sarawak Concrete Industries (Industries), Sarawak Oil Palms (Plantations), Ekran (property), KKB Engineering (Industrial Manufacturing) dan Hock Seng Lee (Enginnering and Construction). Semasa Rahman Yakub memegang tampuk pemerintahan Sarawak, enak sekali perasuah ini mengagihkan kekayaan dan kontrak balak kepada keluarga dan kroni Melanau-Melayu dalam PBB. Anaknya, Mohammad Kamal Hussein, Salleh Jafarudin, Mohamad Deli Abdul Rahman, Abang Yusuf Puteh (mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak), Linggi Jugah dan Wan Madzihi Mahdzar!

Nilainya?

Seluas 1.25 juta hektar dikorbankan untuk mendapatkan kekayaan berjumlah RM 22.5 billion (USD 9 billion). Angka yang diberi oleh Wall Street Journal pada tahun 1987 adalah USD 4.2 billion!

Rimbunan Hijau, mungkin ada kalangan rakan-rakan pernah ketemu mahupun berurusniaga dengan syarikat ini. Ditubuhkan oleh keluarga Tiong pada tahun 1975 sebagai kontraktor balak, turut mempunyai pertalian hayat dengan parti SUPP dimana kaum kerabat keluarga, sanak saudara dalam urusan Rimbunan Hijau memegang jawatan-jawatan penting Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak. Juga diiktiraf sebagai sebuah syarikat terluas dan dinamik di Malaysia, menggaji hampir 10,000 pekerja di perigkat nasional, ribuan lagi diupah di luar negara.

Nah, hebatnya kaum perasuah Sarawak melindungi kegiatan ini dibelakang warga Bidayuh dan Dayak secara keseluruhannya. Jangan kita terpedaya lagi dengan helah licik BN Sarawak dalam pilihanraya negeri Sarawak akan datang!

Ada yang menyifatkannya sebagai tidak realistik. Ada yang menuntut 90% royalti minyak, bakinya milik Persekutuan. Sudah mencabuli hak Petronas sebagai sebuah syarikat berpotensi untuk terus melabur keuntungannya di luar negara. Ada pula yang mempersoalkan kemampuan Pakatan Rakyat berbuat demikian andainya berjaya memerintah negeri kelak. Ada yang menyifatkan janji Pakatan sebagai usaha terdesak untuk memenangi hati dan minda warga. Ada yang mendakwa bahawa Pakatan Rakyat pernah berjanji menurunkan harga minyak beberapa tahun lalu, namun gagal memenuhinya (seseorang itu harus faham akan konsep Persekutuan sebelum kenyataan ini dibuat)

Wujud juga cadangan positif, ingin menjadikan Sarawak sebagai New Dubai. Memiliki lebuhraya bertingkat sepertimana yang dinikmati oleh warga Malaya pada ketika ini. Tidak mahu juga ketinggalan, ingin duduk dan berdiri sama tinggi dengan kehebatan infrastruktur Malaya dan mempunyai kekuatan pendidikan serta ekonominya. Ini adalah maklumbalas yang saya terima dalam emel saya dalam beberapa minggu ini. Sambil mengalu-alukan usaha dan niat murni Pakatan Rakyat untuk menunaikan sebaiknya amanat ini! Namun, kita harus melihat kepada kekuatan asas rakyat Sarawak pada ketika ini, sumber Ketua Menteri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2005 menunjukkan bahawa 9.6% warga Sarawak memiliki komputer sendiri, berbanding 49.3% di Kuala Lumpur dan 19.6% seluruh negara. Belum lagi akses internet Sarawak hanya mampu dimiliki seramai 6.7%, jauh lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dengan 34.5% dan 13.7% di seluruh negara. Tambahan pula, laporan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membuktikan bahawa bekalan asas air bersih masih lagi menghantui warga Sarawak dengan hanya 41.7% di kawasan perdalaman. Dengan kekuatan ini misalnya, saya masih lagi ragu-ragu untuk menyalurkan kebenaran dan pengetahuan yang sekian lama dihalang oleh BN Sarawak menerusi laman maya, justeru itu, kekuatan fizikal PKR dan PR harus digembleng habis-habisan untuk mencetuskan politik tsunami Borneo Kenyalang!

Dalam hal yang sama,

Saya hormati impian dan harapan warga ini dengan baik dan penuh bertanggunjawab. Akan tetapi, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa, jangan sesekali warga Bidayuh terpukau dengan wang royalti berbillion-billion yang bakal dijanjikan oleh Pakatan Rakyat mahupun UMNO BN. Curahan demi curahan sejumlah wang yang banyak dalam aktiviti kempen politik semata-mata hanya akan menghancurkan ekonomi nasional, yang kini sedang bergerak cepat kearah kemelesetan!

UMNO BN secara tradisinya, sudah menjadi darah daging menggunakan wang rakyat, memperkudakan institusi awam, membeli wakil rakyat dan mengagihkan wang dikalangan kuncu-kuncunya. Oleh sebab itu,apa yang saya paling tekankan disini adalah ketelusan, kebertanggungjawaban, keyakinan dan kecekapan pengurusan ekonomi negara. Suka saya menceritakan mengapa saya selalu berbahas mengenai keyakinan dalam pengurusan ekonomi yang cekap! Sila baca kisah hebat Thomas Jefferson, saya memetiknya dari sebuah buku

"President Jefferson was riding on horseback, traveling from Washington to Monticello through the Virginia countryside. The President and his men reached a river without a bridge or ferry, so they prepared to walk their horses through the shallow water.

As they prepared to do so, they saw a man waiting on the bank with a large bundle. One by one, Jefferson's people entered the river. But when Jefferson was alongside the man, he said, "Sir, could you give me ride across the river?" Jefferson agreed immediately and carried him across.

One of Jefferson's men pulled the man aside and said, "How dare you ask the President of the United States for a lift! You could have asked any one of us. Why ever did you ask him?"

The man said, "I'm sorry. I had no idea he was the President. But as I saw each of you ride by, I saw written across all of your faces the letters 'N-O'! But when it came to the President, across his forehead, I saw written 'Y-E-S'...so I asked him."

Yes, these are troubling and difficult times -- some of the worst we have experienced in our lifetimes. But as leaders and public servants, when the people of this country and the world look to us, they need to see a face that says "Y-E-S."



Tentu ada segelintir rakan-rakan yang telah membaca ringkasan kenyataan kajian ekonomi suku pertama 2010 baru-baru ini, yang saya perhalusi bersama teman-teman Pakatan, menunjukkan bahawa keyakinan para pedagang, pelabur, peniaga kecil masih luntur dan kekal rendah. Tidak boleh sahaja bergantung kepada perbelanjaan domestik yang ditaja hebat (pakej ransangan RM 67 billion) oleh kerajaan dan kesan defisit semakin membengkak. Pelaburan asing merosot dan amat membimbangkan! Rakyat diperbodohkan dengan hajat-hajat Najib untuk memperkenalkan Model Ekonomi Baru Malaysia yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Muka hadapan media perdana angkatan UMNO, memaparkan "The worst is over", berkata, pemulihan ekonomi sedang berlangsung, menghiraukan realiti sebenar wajah sebenar ekonomi dunia : keruntuhan sistem kewangan Greek, cadangan Obama menganjurkan pakej ransangan Amerika kedua, dan amaran Paul Krugman dan Joseph Stiglitz, kedua-duanya pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, dalam pengurusan ekonomi yang mampan dan defisit berhemat.

Umpamanya, aliran wang asing sebanyak 25% untuk tahun 2009 menurut laporan UBS New Zealand yang dikeluarkan pada Januari 2010. Laporan yang sama menyebut Questions: Which Asian countries had the biggest FX losses in 2009? Answer is MALAYSIA. Begitu juga rumusan yang dilaporkan oleh Political Economic Risk Consultant (PERC), badan perunding terkemuka dunia yang berpengkalan di Hong Kong untuk Febuari 2010 mencatatkan “They are threatened with a loss of political power that could also impinge directly on their substantial business interests. Malaysia’s future will be determined largely by the tactics this group of insider elites resort to in order to stay in power and the success of those tactics. Their commitment to democracy is a major question mark. If they blatantly manipulate the system in order to remain in power, the public backlash could be worse than anything Malaysia has seen in its modern history.”


Bagaimana pula berbillion wang rakyat dibelanjakan dalam 'menghasilkan' skandal PKFZ? SPRM 'terlepas pandang' projek mega ini yang menelan setakat ini RM 7.45 billion (USD 2.12 billion). Nilai projek asal hanyalah RM 1.95 billion, tetiba kos bertambah menjadikan kos RM 3.52 billion tidak termasuk faedahnya RM 3.9 billion sehingga tahun 2012. Kontrak / tender dibuka tidak kompetitif serta parah lagi ditaja oleh UMNO dan MCA.

Justeru itu, keyakinan berdasarkan sosio politik nasional tidak dapat dinafikan banyak mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam peta destinasi ekonomi menarik dunia. Buruknya rekod hak asasi manusia, buruknya rasuah Malaysia dan zalimnya penguasa Malaysia mencengkam kuat kehakiman negara dengan membuli rakyat yang tidak berdosa!

Andai rakan-rakan pernah membaca laporan akhbar The Star pada bulan Januari 2010 (kalau saya tidak silap) oleh Shagul Hamid Abdullah, Ketua Pengarah BTN (Parti Gerakan cadangkan Biro 1Malaysia), ada menerangkan beberapa kenyataan yang saya fikir agak mengelirukan. Ini adalah sebagai ulasan tambahan kepada artikel sebelum ini, dimana beliau menegaskan bahawa Melayu perlu kekal menguasai sektor awam negara, langsung tidak boleh dicabar!

Statistik pada tahun 2005 menunjukkan bahawa peratusan Melayu dalam sektor awam nasional telah meningkat dari 60% sehingga 77% untuk tahun 1970- 2005. Jawatan paling popular kalangan graduan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) memiliki 85% kaum Melayu dengan nisbah 6 Melayu dan 1 bukan Melayu.

Apa makna disebalik angka ini?

Menyedari masalah berkenaan, wujud usaha sejak tahun 2006 oleh pasukan penyelidik dasar yang telah mengeluarkan satu kertas kajian bertajuk “Towards a representative and world class civil service” semasa Rancangan Malaysia Ke-9. Namun, usaha ini terkubur begitu sahaja, dan berikutan ini, pihak Pakatan Rakyat, malah saya sendiri akan memberikan nafas segar kepada kajian ini dan memperbaharui komitmen kami dalam menuju komposisi kaum Malaysia yang lebih baik.

Benar seperti yang didakwa oleh rakan Bidayuh, hilang kepercayaan terhadap keikhlasan Persekutuan untuk menjaga semua kaum di Malaysia. Ada rakan kita yang berasakan dirinya bukan warga Malaysia, meskipun memiliki kewarganegaraan Malaysia!. Malah saya sendiri pun, ada ketika sewaktu menuntut di UUM dan berkhidmat dalam parti, orang Malaya adakalanya tersalah anggap saya berbangsa Cina dan kacukan. Ada juga mereka yang tidak pernah mendengar nama Bidayuh, Iban, Kayan dan sebagainya. Ada pula kecenderungan untuk mengkategorikan saya berasal dari Sabah! Identiti yang semakin berat dan kekeliruan ini disebabkan rakyat tidak berani mempersoalkan fakta sejarah. Lee Kuan Yew, suatu masa dahulu pernah berada dalam dilema sewaktu perbincangan perbentukan Malaysia. Menteri Senior Singapura ini menjelaskan,

‘Malaysia - to whom does it belong? To Malaysians. But who are Malaysians? I hope I am, Mr Speaker, Sir. But sometimes, sitting in this chamber, I doubt whether I am allowed to be a Malaysian. This is the doubt that hangs over many minds, and ... [once] emotions are set in motion, and men pitted against men along these unspoken lines, you will have the kind of warfare that will split the nation from top to bottom and undo Malaysia.’

LAWAN TETAP LAWAN


Oleh Medecci Lineil :grin:

-Artikel ini dikarang dengan adunan beberapa esei sebelum ini di makalah UUM-


Top
 
Share |
Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: DAYAKS DILEMMA
PostPosted: Mon Mar 22, 2010 11:32 am 
Offline

Joined: Mon Jun 20, 2005 12:14 pm
Posts: 261
hahahha..sorry u all,

i actually meant the one who said "as long as"..and not the author of this long lines of this opinion. Sorry for the misunderstanding caused here.

Peace y'all.


Top
 
Share |
Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: DAYAKS DILEMMA
PostPosted: Mon Mar 22, 2010 11:39 am 
Offline

Joined: Mon Jun 20, 2005 12:14 pm
Posts: 261
btw, Mr.Medecci,

apsal minta 20% ja? minta la 50% ka, 60 % ka... saya rasa 20% tak cukup lah walaupun angka 90% itu bagi saya agak keterlaluan, sebab kita mahukan keseimbangan pembangunan juga.


Top
 
Share |
Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: DAYAKS DILEMMA
PostPosted: Fri Mar 26, 2010 2:38 pm 
Offline

Joined: Fri Jun 06, 2008 11:48 am
Posts: 504
aku pun dalam delemma jua..confius....

o.k aku ada experience...masa umo aku baru 10thn darjah 4 bersekolah pelbagai etnik semua seimbang..tok ada masa ya maok isi borang skim pinjaman buku teks..aku isi la ngan murid lain..tiba2 seorang miak Melayu sebelah aku tanya aku soalan ruangan Bangsa/Kaum..nya sepatutnya tick ruangan Melayu ka ruangan Bumiputera Sarawak...kecik dah confius hooo??? dah bessar apa lagi menjadi ideologi kepercayaan laaa....soo ..d ctok aku rs kerajaan dh berjaya "mengelirukan rakyat"..disebabkan kejayaan "mengelirukan rakyat" sendiri..so..ada la alasan haram tok haram ya...mmmm??.... berbalik ngan cerita td..aku madah la ngan miak Melayu ya ..ko org swk tick la Bumiputera swk...mun ko bukan org Swk ko tick Melayu...lepas ya polah aku pk balit...apa beza dua2 ya..siapa menentukan perbezaan bumiputera swk ngan Melayu....mmg aku xdpt jwpan...ya la baru darjah 4 katakan...dh besar tok aku pk balit...masa aku umo 10thn aku x sepatutnya pk hal tok..sepatutnya aku x perlu paham pn...mmmm???? ya pun dilemma.....

_________________
Don't hate when there is LOVE


Top
 
Share |
Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: DAYAKS DILEMMA
PostPosted: Fri Mar 26, 2010 2:57 pm 
Offline

Joined: Fri Jun 06, 2008 11:48 am
Posts: 504
tok cerita masuk IPTA....dolok aku bercita2 abis SPM terus masuk Uitm amik business study..mmg aku confident boleh masuk pun lahhh..ya la SPM dpt gred 1, 14 unit..math perdaggan english BM A/k semua credit sekurang2 unit 3 dan ke bawah..tp last2 xdpt masuk Uitm...tp aku salhkan diri sendiri la.. mungkin slaah isi form..last2 masuk form 6..abis form 6 masuk IPTA amik course bukan atas dasar minat..ceritanya bermula 1 week sampe IPTA..temu la ramai kwn org semenanjng...aku cerita la masalah aku xminat course ya ngan kwn2...pas ya ada sorang ya madah aku mmg susah masuk Uitm sbb aku bukan bumi..WaHH..terkezut aku statementnya..lalu debate la ku ngan sida nk rami2 ya ...rupa2 rami beranggapan aku bukan bumi...last2 aku tanya sida y cina india bkn bumi..sida jwp sbb sida dtg dr china n india...lalu aku tanya swk Msia ka??? so rasa kita org cne la asal usul aku....sorang ya jwp maybe berbeza agama...dngr jwpn ya....aku diam.

Persoalan nya ...tok student IPTA, sida tok la bakal pegang jawatan penting kerajaan..developer rumah..CEO co semua jawatan besar lahhh...org mcm tok pn xtau pasal bumiputera sabh swk..susah la dayak..ya hal kecik jk la nk??

_________________
Don't hate when there is LOVE


Top
 
Share |
Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: DAYAKS DILEMMA
PostPosted: Fri Mar 26, 2010 4:33 pm 
Offline
Chairman
User avatar

Joined: Tue Dec 14, 2004 7:46 pm
Posts: 9328
Location: Kota Damansara
cerita pasal salah ambik course kat U tok, aku rasa tok issue nok wakil rakyat kita patut involve... kinek tok, rami graduan menganggur pasal salah ambik course... sidak kebanyakkannya menghabiskan masa 3-4 tahun study bidang nok sik marketable kat m'sia tok... last2 sik dpt kerja atau molah kerja nok sik perlu or sik berkaitan kursus nok diambik iya.. bagi aku iya pembaziran masa... spatutnya sebelum para lepasan2 SPM or STPM kita memilih kursus utk masuk U, sidak kena attend seminar atau forum dimana sidak dpt penjelasan atau exposure tentang peluang pekerjaan nok available kat luar tok dan apa jenis qualification nok spatut ada... kinek tok apa aku nampak, rami org masuk U pasal mok masuk U aja... so sidak apply aja lah apa2 bidang nok sik marketable hanya utk nyukup syarat masuk U... at the end of the day, nok susah sidak iya jua susah cari kerja... rugi masa & duit agik belajar mun terpaksa molah kerja nok sik berkaitan ngan course nok diambik...

_________________
Image :arrow: s*x is like fishing... it's not about how deep you go or how wide u explore... it's all about how good you wiggle your worm :D


Top
 
Share |
Profile Send private message  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 24 posts ]  Go to page Previous  1, 2, 3, 4  Next

Portal | Forum | Photo Gallery | Chat

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
About us
Site partners are sarawakfriend.com | mysarawak.org | asiainspectioncommunity.com | lunbawang.org | kelabit.org
Copyright © 2004-2009 Bidayuh.Info. Maintained by ITS Services.
Some rights reserved. User-posted content, unless source quoted, is licensed under a Creative Commons Public Domain License.


phpBB SEO