info sihat bagi ibu-ibu yang hamil..

HEALTH Women's health

Return to Women's health



Add to Technorati Favorites

info sihat bagi ibu-ibu yang hamil..

Postby abbygal on Mon Mar 10, 2008 11:39 pm

HOUSTON: Ibu mengandung yang makan ikan dan epal ketika hamil boleh melindungi anak dari asma dan penyakit alahan, menurut satu kajian penyelidik Universiti Aberdeen, United Kingdom.

Kajian itu mendapati kanak-kanak yang ibu mereka makan banyak epal ketika hamil kurang berisiko untuk mengalami masalah sukar bernafas atau asma yang disahkan doktor pada usia lima tahun, berbanding kanak-kanak yang ibu mereka tidak makan banyak epal.

Sementara itu, kanak-kanak yang ibu mereka memakan ikan sekali atau lebih dalam seminggu pula kurang berisiko mengalami ‘eczema’ berbanding kanak-kanak yang ibu mereka tidak mengambil ikan langsung, menurut kajian yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa 2007 Persatuan Rongga Dada Amerika Syarikat.

Kajian tidak mendapati sebarang kesan perlindungan asma atau penyakit alahan dari banyak makanan lain termasuk sayur, jus buah-buahan, buah-buahan limau atau kiwi, produk gandum, lemak dari produk tenusu atau majerin atau bahan rendah lemak lain.

Penyelidik mengkaji 1,212 kanak-kanak yang dilahirkan wanita yang mengisi soal selidik mengenai pemakanan ketika hamil. Apabila kanak-kanak itu berusia lima tahun, si ibu mengisi borang kaji selidik mengenai gejala pernafasan dan alahan anak mereka selain soal selidik mengenai pengambilan makanan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak turut diberi pemeriksaan fungsi paru-paru dan alahan. Kajian terdahulu pada kanak-kanak sama mendapati bukti kesan perlindungan vitamin E dan D dan zat besi ketika hamil dalam mengurangkan risiko kanak-kanak bernafas termengah-mengah dan asma, kata penyelidik Saskia Willers dari Universtit Utrecht di Belanda.

Jika keputusan baru disahkan, katanya, ‘ia mencadangkan pengubahsuaian pemakanan ketika hamil mungkin menghalang asma dan alahan dari kanak-kanak.
User avatar
abbygal
Contributor
 
Posts: 581
Age: 21
Joined: Thu Feb 07, 2008 11:48 pm
Location: Tebedu City

Postby Christopher on Tue Mar 11, 2008 12:11 am

uii... kelak mun udah berbini bole cuba test try info tok... heuheuehu
fBI Crew
Bidayuh's Online Community.
User avatar
Christopher
Co-founder
 
Posts: 6348
Age: 23
Joined: Sat Apr 17, 2004 12:40 am
Location: Miri

Postby Christopher on Tue Mar 11, 2008 12:12 am

kay, kau ada cuba try?? molah anak lok kas ya makan ko epal byk2 ekekekkeke... :D
fBI Crew
Bidayuh's Online Community.
User avatar
Christopher
Co-founder
 
Posts: 6348
Age: 23
Joined: Sat Apr 17, 2004 12:40 am
Location: Miri

Postby aymer6799 on Tue Mar 11, 2008 9:44 am

Epal merah kah atau epal ijo?
User avatar
aymer6799
The Craftsmen
The Craftsmen
 
Posts: 128
Age: 32
Joined: Wed Jan 17, 2007 1:29 pm
Location: Kuching

Postby abbygal on Tue Mar 11, 2008 11:43 pm

kedua-dua epal boleh dimkn..epal dr new zealand ka, epal dr china ka...mana2..asal nya buah epal...hihihi...:P
Dance as though no one is watching,
Love as though you've never been hurt,
Sing as though no one can hear you.
Live as though heaven is on earth.

Image
User avatar
abbygal
Contributor
 
Posts: 581
Age: 21
Joined: Thu Feb 07, 2008 11:48 pm
Location: Tebedu City


Return to Women's health

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests