walaupun aku bkn nurse, tp mekorg ada promo kes2 camtok...
Langkah2 Pencegahan Influenza A (H1N1)
Jika anda batuk atau bersin :
-tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
-buang tisu yg telah digunakan di bakul sampah
-basuh tangan dgn sabun dan air bersih.(mun blh, pakei la sabun anti bakteria spt, dettol,antabax ka.....)
Amalkan kebersihan diri.Basuh tangan dgn kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk.
Elakkan berhubung rapat dgn mereka yg sakit.
Jika anda yg sakit krn selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dgn org lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.Elakkan daripada menyentuh mata,hidung atau mulut anda.
Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranyan anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yg dijangkiti Influenza A (H1N1)
utk keterangan lanjut layari
www.moh.gov.my, www.infosihat.gov.my, www.myhealth.gov.my