by antimatter on Tue Mar 25, 2008 12:18 am
Saya rasa ada missing link antara Bidayuh+Kadazan. dr segi culture mungkin ada sedikit berbeza, tp semasa Pesta Menuai/Gawai..kedua-dua nya memberi kesyukuran atas hasil tuaian padi. Begitu juga dengan Iban. Jadi, saya masih belum/tidak nampak bagaimana ketiga-tiga suku etnik ini dapat dikaitkan dengan rumpun Melayu, melainkan mungkin sedikit dari segi bahasa. tetapi, kita harus faham bahawa, kemungkinan besar juga bahasa/budaya ini diserap & diadaptasi semasa interaksi orang-orang dari Sabah dengan Sarawak di pulau Borneo pada masa dahulu. Suku Selako/Lara lah paling hampir dengan masyarakat Melayu dari segi kebudayaan & cara hidup (ini dikenali Malayic-Dayak). Bgaimanapun, jika difikirkan juga, tanpa mengira kepulauan Borneo sahaja, saya bersetuju kita serumpun dengan masyarakat Melayu. Pada pendapat saya, penduduk asal/paling awal mendiami kepulauan Borneo tidak merangkumi masyarakat Melayu..kecuali peribumi 'Dayak'; merangkumi di Sabah & Sarawak. Jadi, ini mungkin dapat menjelaskan mengapa wujud persamaan yang agak ketara, dari segi kebudayaan. Kita juga mungkin mempunyai link dengan Red Indian & Dayak di Brazil & negara2 Amerika Selatan, dan kita terpisah kerana gelinciran plat-plat benua & proses tektonik.
p/s: Pernyataan saya ini tidak bermaksud saya seorang Dayak-chauvinist, tetapi lebih kepada pendapat & buah fikiran peribadi saya sendiri.